Sesuai untuk sarapan. Sedap dimakan dengan jem, mentega dan juga madu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Scone

Sesuai untuk sarapan. Sedap dimakan dengan jem, mentega dan juga madu.

BAHAN-BAHAN

  • *125g tepung roti
  • *125g tepung gandum
  • *1 sudu besar serbuk penaik
  • *2 sudu besar gula halus
  • @1 biji telur
  • @50g yogurt asli
  • @50g susu segar
  • 50g mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Potong dadu/ kecil-kecil mentega. Kemudian simpan dalam peti sejuk.
  • Masukkan semua bahan @ ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang atau berbuih.
  • Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam pengadun. Adun sehingga sebati. Masukkan pula mentega. Kacau lagi sehingga jadi serbuk roti. (Kalau takde mesin pengadun, bahan * bolehlah diayak kemudian ramas mentega jadi seperti serbuk roti).
  • Masukkan no.3 ke dalam no.2. Kacau dengan spatula sehingga takde debu-debu tepung. Nak cepat boleh juga uli dengan tangan. Simpan doh dalam peti sejuk selama 10 minit.
  • Panaskan oven sehingga 200C.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk.Taburkan sedikit tepung roti di atas papan canai. Canaikan jadi bentuk panjang. Tabur pula sedikit tepung roti ke atas doh. Lipat 2. Kemudian canai memanjang lagi. Ulang langkah ini sehingga 5 kali dan ketebalannya lebih kurang 1.5~2cm.
  • Terapkan dengan bentuk bulat atau apa saja yang anda suka. Boleh juga dipotong mengikut bentuk yang disukai.
  • Sapukan dengan susu segar dipermukaan scone. Bakar selama 15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN