Resepi Dorayaki

 Dihantar Oleh Pada 30 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Kuih kegemaran Doraemon, dibuat dengan kasutera (kek span Jepun) yang telah diubahsuai sikit. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, bila dah sejuk pun masih lembut.

Share:
Bahan-bahan
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil soda penaik ('baking soda')
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti: 1½ cawan kacang merah yang manis
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.

  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.

  3. Masukkan tepung dan soda yang telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

  4. Panaskan kuali yang tidak melekat dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".

  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping penkek, tutup dengan satu keping penkek. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

  7. Bagi yang tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkannya. 3 peket x 180 gm cukup untuk 10 biji.

    open-uri20151010-29872-1iv3hd2