Resepi Kek Kukus Susu

 Dihantar Oleh Pada 27 October, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 keluarga
Description

Masa buat 30 minit sahaja. Resepi daripada kawan mak. Sangat gebu dan lembap.

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g butter
  • 1 cawan gula halus
  • 6 biji telur
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu pekat bancuh dgn 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
  1. Pukul butter dgn gula hingga kembang

  2. Masuk kan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla

  3. Masuk kan tepung naik sendiri dan susu pekat yang di bancuh dengan air. masuk juga 1 sudu teh esen vanila. kacau hingga sebati.

  4. Masuk kan aduanan dalam loyang bulat yang sudah di geles dengan sedikit butter dan tepung

  5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mengelak kan permukaan kek berlekuk @ tidak rata, balut penutup pengukus dgn kain.

  6. Sejukkan sebentar dan sedia di hidang. Boleh la di nikmati bersama keluarga atau bawa p opis. Kawan2 opis semua kata sedap. Dah tinggal 2 keping baru ingat nk amek gambar.