Dihantar Oleh Pada 10 October, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 30 keping (diameter lemang 5-6cm) muat utk loyang berukuran 9 inci
Description

cubaan membuat lemang di perantauan. Resipi lemang perantau terbaik selepas 4 tahun beraya di perantauan

Share:
Bahan-bahan
  • 500g beras pulut
  • 400ml santan cair (bergantung kepada kepekatan santan, boleh letak 3/4 santan dan 1/4 air)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam/ secukup rasa
  • daun pisang (utk mmbalut lemang)
Cara-cara
  1. Panaskan periuk pengukus. Satukan kesemua bahan2 didalam loyang.

    open-uri20151010-29872-1fprufy
  2. Kukuskan selama 25-30 minit dengan api sederhana

    open-uri20151010-29872-16sngls
  3. Bentukkan pulut seperti lemang/ bole guna botol air seperti dalam gambar. Pastikan pulut betul2 padat.

    open-uri20151010-29872-15f5zde
  4. Keluarkan pulut dari acuan (botol)

    open-uri20151010-29872-r8fsc0
  5. Balutkan pulut dengan daun pisang. sapukan sedikit minyak di atas daun pisang sebelum membalut pulut. Pastikan daun pisang sudah dilayur terlebih dahulu

    open-uri20151010-29872-12cf2el
  6. Kukuskan semula selama 5 minit

    open-uri20151010-29872-5q07tc
  7. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong

    open-uri20151010-29872-enj3if
  8. Potongla cantik2

    open-uri20151010-29872-1qxflrr
Tags 
  •   raya
  • Komen