Dihantar Oleh Pada 27 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Mengasyikkan..tumis darat lagi, memang kaw!

Share:
Bahan-bahan
  • 2 kepala ikan merah
  • 3 biji terung dibelah 4
  • Sedikit rempah halba campur
  • Sedikit serbuk kas-kas (kalu tak letak pun tak pe)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
  • Daun kari
  • 3 ulas bawang merah dimayang halus
  • 1 biji bawang besar warna merah dimayang halus
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu basar puri tomato
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa dan serbuk perasa
  • 1 inci halia dihiris halus
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, letak halba, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang.

  2. Letak serbuk kari ikan, serbuk cili..masak sehingga naik bau (sehingga garing).

  3. Kemudian tambah sedikit air dan puri tomato serta serbuk kas-kas, masak sehingga garing.

  4. Tambahkan santan, susu cair dan sedikit air, kacau. Selepas 4 minit masukkan kepala ikan.

  5. Tambahkan terung, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga terung itu lembut. Di kuali lain seperti biasa panaskan minyak goreng bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan kemudian masuk kedalam kari tadi dan kacau.

  6. Siap untuk disantap.