Dihantar Oleh Pada 26 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: satu family
Description

Resepi tak ingat dari mana tapi dah bercampur dengan idea sendiri..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
Cara-cara
  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.

  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. Masukkan juga perasa dan gula jika suka.

  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.