Dihantar Oleh Pada 25 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-4 people
Description

Pedas..masam...dan menyihatkan.

Share:
Bahan-bahan
  • Satu mangkuk sotong
  • 2 biji limau nipis
  • Daun ketumbar
  • 1-2 bawang besar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • 5-10 cili padi (ikut rasa)
  • * Boleh juga tambah tauge, tomato dan campuran makanan laut yang lain
Cara-cara
  1. Bersihkan sotong.

  2. Potong bulat-bulat, masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian, isikan air yang mendidih ke dalam mangkuk dan rendam sotong 5 minit..(separuh masak).

  3. Potong cili, daun ketumbar (segenggam), bawang besar.

  4. Campur semua bahan, perasakan dan boleh dimakan.

  5. Peringatan: selepas langkah ke 2, jangan lupa sejatkan sotong..buang airnya...