Dihantar Oleh Pada 08 September, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: dlm 70 - 80 biji
Description

biskut raya, senang di sediakan dan pastinya sedappp...resepi dan cara mcm buat biskut mazola

Share:
Bahan-bahan
  • 150g serbuk green peas ( ready pack ada di jual di kedai barang2 kek )
  • 150g tepung biskut ( red rose flour )
  • 100g gula ising @ secukup rasa
  • 1/2 tsp garam @ secukup rasa
  • 1 tsp baking powder
  • 150ml sunflower oil atau minyak jagung
  • 1 biji telur - kuningnya shj, utk digliskan atas biskut
Cara-cara
  1. ayak tepung + baking powder dan juga gula

  2. satukan tepung + baking powder, serbuk green peas, garam & gula

  3. sebatikan semua bahan

  4. masukkan minyak sedikit demi sedikit ( step ni saya guna tangan ).

  5. adun sehingga minyak & bahan kering sebati dan boleh di bentuk ( tdk melekat di tangan ). kalau agak2 berderai bila di bentuk boleh tambah sedikit lagi minyak.

  6. gelek dan terap dgn acuan kesukaan atau bulat2kan dgn tangan je.

  7. gliskan kuning telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak

  8. sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.......selamat mencuba......

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen