Resepi Biskut Sampan

 Dihantar Oleh Pada 08 September, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: anggaran 85 biji satu adunan
Description

jom ikut mama kita naik sampan keliling pulau tioman melihat keindahan pulau antara 10 tercantik di dunia...bila nak sampai..dayung tak ada..terima kasih Shamsiah..sampan pun sampan lah..

Share:
Bahan-bahan
  • 250 gm butter
  • 1 cawan gula aising
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji kuning telor
  • INTI
  • 1/2 buku butter
  • 3/4 cawan gula aising
  • 2 biji kuning telor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tin kelapa kering
  • 1 cawan buah2an campuran
Cara-cara
  1. ADUNAN BISKUT :

  2. Pukul butter, gula aising dan telor sehingga sebati.

  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.

  4. Sapu acuan dengan butter. Masukkan sedikit adunan dan tekan membentuk sampan ( mengikut bentuk acuan )

    open-uri20151010-29872-urk77e
  5. Isi inti dan tekan pelahan sehingga padat dan rata menutupi sampan ( acuan )

    open-uri20151010-29872-jf1akg
  6. Susun kedalam loyang. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit. Biskut kelihatan terkeluar sedikit dari acuan dan bahagian atas berwarna sedikit perang, bolih keluarkan dari oven dan sejukkan.

  7. ADUNAN INTI :

  8. Pukul butter, gula aising, kuning telor dan esen vanila sehingga sebati.

  9. Masukkan kelapa, buah2an campuran dan tepung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan melekat dijari.

    open-uri20151010-29872-o3y2hb
  10. ACUAN : 100 keping rm 40. Terdapat dikedai menjual peralatan membuat kuih. Biasa dipek 10 keping rm 4.

    open-uri20151010-29872-p55p1a