Dihantar Oleh Pada 22 January, 2007
Description

Enak dimakan dengan nasi beriani, nasi tomato dan lain-lain..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 tin nenas (dalam tin)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 sudu minyak masak
  • Pewarna kuning
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Tumis sekejap.

  2. Masukkan air nenas dalam tin. Potong nenas kepada 4. Masukkan ke dalam kuali. Akhir sekali masukkan pewarna kuning 2-3 titik. Masak hingga mendidih.

Komen