Dihantar Oleh Pada 21 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: satu kilo
Description

Mari buat kuetiau sendiri...

Share:
Bahan-bahan
  • 350 tepung gandum
  • 150gm tepung beras
  • 1 biji putih telur
  • 200 ml air
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak secukupnya
  • Air untuk merebus
  • Garam secukupnya
Cara-cara
  1. Satukan kedua-dua jenis tepung, putih telur dan air ke dalam mangkuk adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya.

    data.jpeg
  2. Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih.

    open-uri20151010-29872-kzxo8p
  3. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no.1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuetiau nya).

    open-uri20151010-29872-1tyke2e
  4. Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no. besar (saya buat sehingga no.4 atau no.5).

    open-uri20151010-29872-mwu0dt
  5. Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua adunan habis diputar nipis.

    data.jpeg
  6. Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mi dan untuk kuetiau).

    open-uri20151010-29872-1q9iz0v
  7. Terus memotong sehingga adunan habis.

    open-uri20151010-29872-wnwzaq
  8. Setelah air mendidih, rebus kuetiau sedikit-sedikit atau muat tapisan - periuk).

    open-uri20151010-29872-1vfmmy6
  9. Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuetiau timbul - angkat dan toskan.

    data.jpeg
  10. Letakkan kuetiau yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuetiau sedang panas. Jika tidak kuetiau akan melekat antara satu dengan lain).

    open-uri20151010-29872-v9gws9
  11. Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuetiau sebelum disimpan atau digunakan.

    open-uri20151010-29872-ui7446