Resepi Chang (zong Zi)

 Dihantar Oleh Pada 21 January, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20-24 biji
Description

Atas permintaan Umie... resepi ini dari mak di kampung. Leceh nak buat, tapi sedap dimakan. Boleh disimpan dlm peti sejuk selama 4-5 hari dan panaskan sebelum makan. Pertama kali buat dgn ayam... sedap! Thanks to my photographer :-p

Share:
Bahan-bahan
  • 60 helai daun buluh (biar lebih, takut ada yg pecah)
  • Tali untuk mengikat (8x60cm panjang, diikat kat satu hujung dan dibahagikan 3 setiap satu)
  • 1 kg pulut (direndam 3-4 jam)
  • 1 kg ayam atau daging (dipotong 48 ketul)
  • 200gm kacang merah (direndam 1 malam)
  • 24 biji buah belangan kering (direndam semalam)
  • ½ cup (60gm) udang kering
  • 10+2 (stand by) biji kuning telur masin (dibelah dua setiap satu)
  • 24 biji buah belangan kering (direndam semalam)
  • 12 kuntum cendawan shiitake kering (direndam dan dipotong dua)
  • Bahan-bahan untuk Daging
  • *1 sudu besar minyak masak
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 ulas bawang kecil
  • *1 batang kayu manis
  • *1 sudu kecil gula
  • ½ sudu besar serbuk 5 spices
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2½ sudu kecil garam (biar masin, sebab kuah ni diguna utk pulut)
  • ½ cawan air
  • Bahan-bahan untuk Pulut
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • ½ sudu kecil serbuk 5 spices
Cara-cara
  1. Daun buluh direndam semalam dan direbus ½ jam bersama tali yg dipotong, supaya daun jadi lembut dan senang dilipat nanti.

    open-uri20151010-29872-abteo3
  2. Bersihkan daun buluh dengan sponge atau kain, potongkan hujung daun yg panjang dan tajam. Rendam dalam air bersih dan diketepikan.

    open-uri20151010-29872-a9rknj
  3. Ayam/Daging: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan * dan tumis sampai nampak perang sikit. Masukkan daging, cendawan dan buah belangan, dan juga bahan-bahan untuk daging yg lain kecuali air. Goreng sampai dah jadi kering baru tambah air dan masak lagi untuk 15 minit. Padam api dan tapiskan kuah.

  4. Pulut: Panaskan minyak dan tumis bawang bersama udang kering sampai nampak perang sikit. Masukkan pulut dan kacang merah, goreng seketika dan masukkan kuah dari (3). Masukkan juga lada putih dan 5 spices, kacau sehingga serbati dan kering.

    open-uri20151010-29872-1bpf3za
  5. Balut: Ambil 2 helai dau buluh seperti dalam gambar. Sebelah yg licin tu untuk dalam. Kalau buat saiz kecil, guna 1 helai daun yg besar.

    open-uri20151010-29872-10vf8bq
  6. Lipat daun buluh seperti dalam gambar. Sebelah licin kat dalam.

    open-uri20151010-29872-1cqwr33
  7. Isikan sedikit nasi pulut, buat lobang ditengah-tengah seperti dalam gambar.

    open-uri20151010-29872-18br7u8
  8. Masukkan 2 keping daging, 1 keping cendawan, 1 biji buah belangan dan ½ biji kuning telur masin. Letak secukup pulut untuk tutup isinya.

    open-uri20151010-29872-1rkfn78
  9. Tutup dgn daun buluh dan tekan sedikit seperti digambar.

    open-uri20151010-29872-1rdxf22
  10. Terbalikkan dan buatkan/betulkan tanduk seperti dalam gambar.

    open-uri20151010-29872-1o0whgb
  11. Pegang daun kat tepi, lipatkan hujung daun.

    open-uri20151010-29872-kr7782
  12. Patahkan tulang daun (tapi jagan sampai putus) untuk membentuk tanduk.

    open-uri20151010-29872-1tlg0q2
  13. Ikat melintang. Jagan ikat terlalu ketat sebab pulut akan kembang sikit bila masak.

    open-uri20151010-29872-1pxp2tq
  14. Ulang sampai habis.

    open-uri20151010-29872-2gg4e5
  15. Panaskan air dan rebus selama 2 jam dgn api kecil. (kena tutup dgn tudung)

    open-uri20151010-29872-7fn61o