Resepi Patin Masak Lemak Cili Api

 Dihantar Oleh Pada 09 August, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family
Description

spesel dari orang nogori...merocik poluh kek dahi makan ni, jang... si milah lalu pun x sodar... eheh!~

Share:
Bahan-bahan
  • 5 potong ikan patin
  • segenggam cili api
  • 1 biji kelapa -diparut & diperah santannya
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • garam
Cara-cara
  1. bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.

  2. tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.

  3. masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.

  4. masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.

  5. Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.

  6. kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.

  7. Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.

  8. Sedia dihidang...... TIPS : ikan patin masak lemak cili api ni kalo simpan semalaman dan kerap dipanaskan lagii tambah sedappp.... Boleh juga tambahkan tempoyak utk rase yg lebih mabelesz!~

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua