Resepi ?Air Katirahâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 22 July, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 7-8 orang
Description

Minuman yang popular waktu bulan Ramadhan.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ltr air
  • 240 g gula pasir
  • 15 biji badam tanpa kulit
  • 1 tin susu cair
  • 100 g katirah (contoh gambar sila lihat di glossary )
  • beberapa titik pewarna hijau atau merah - jika suka
  • BAHAN ISIAN TAMBAHAN JIKA SUKA :-
  • segenggam kembang semangkuk - direndam berasingan
  • 1 sb biji selasih - direndam berasingan
  • buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
  • agar2 siap makan - disagat
  • secukup ketulan ais
Cara-cara
  1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.

    open-uri20151010-29872-8zucis
  2. Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.

  3. Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.

    open-uri20151010-29872-f1i51v
  4. Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.

  5. Ini contoh katirah yang telah direndam semalaman.Lebihan katirah yang telah kembang boleh disimpan di dalam freezer dan dibekukan dan tahan berbulan2.

    open-uri20151010-29872-hlc3zu
  6. Contoh gambar kembang semangkuk yang belum direndam :-

    open-uri20151010-29872-qjh7d6
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua