Resepi Siakap Tiga Rasa

 Dihantar Oleh Pada 19 July, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang makan
Description

Siakap 3 rasa versi mudah, ikut selera sendiri.Jika berminat boleh lah mencuba ;-)

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan

  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.

  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.

  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.

  5. SELAMAT MENCUBA

Tags 
  •   ikan
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua