Resepi Kacang Botol Tumis Belacan

 Dihantar Oleh Pada 14 July, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Sekeluarga
Description

Masakan yang cepat dan mudah...pasti sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • 20 tangkai kacang botol - dihiris 1 inci panjang
  • 5 biji bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 7 biji cili merah - dikisar
  • 1.5 inci belacan (kurang/ lebih ikut citarasa) - dikisar
  • Sedikit udang kering - dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi. Tumis hingga naik bau.

  2. Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati.

  3. Dah okey, boleh padamkan api. Sedia dihidangkan.

  4. *Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik..;)

Komen