Dihantar Oleh Pada 15 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: Tin berukuran 10 inci
Description

Khas dari Indonesia.

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing-masing)
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.

    open-uri20151010-29872-1q2xqh6
  2. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan kelajuan dan putar hingga adunan kembang dan pekat.

    open-uri20151010-29872-ouqhax
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.

    open-uri20151010-29872-ykppeh
  4. Dalam tin yang telah dilenser dengan mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang-seli diikuti bahagian yang tanpa warna pada atasnya.

    open-uri20151010-29872-k5k6kc
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebanyak 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

    open-uri20151010-29872-l6nwwe