Dihantar Oleh Pada 10 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 biji
Description

Kulit yang rangup. Doh dan inti boleh disejukbekukan. (gambar dr laporan masakan)

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Inti :
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sudu teh gula / secukup rasa
  • 1 sudu teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air
  • Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sudu besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais. Letak je kiub ais dalam cawan yang standard saiz di rumah.
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng dan secukup tepung untuk mencanai
Cara-cara
  1. Inti :

  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.

  4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

  5. Doh :

  6. Masukkan tepung dalam mangkuk.

  7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dengan telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata atas tepung tadi.

  8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Keperluan air mengikut jenis tepung. Rehatkan 1 jam.

  9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan lebih kurang 25 keping karipap). Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. Gulung ketat dan golek hingga jadi silinder.

  10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sudu besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sudu teh penuh (inti sederhana). Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.

  11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.

  12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

  13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastik dalam peti sejuk. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.