Resepi Talam Ubi Kayu

 Dihantar Oleh Pada 26 May, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Saiz loyang 30 cm
Description

ubahan sendiri..

Share:
Bahan-bahan
  • 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg ubi kayu )
  • 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air )
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan cair
  • Bahagian Atas
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
  • ATAU
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.

  2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dengan menggunakan tuala bersih.

  3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan gula pasir. Gaul sebati.

  4. Kukus sehingga masak.

  5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.

  6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..

  7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama 30 minit.

  8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan tisu..biarkan sebentar dan tutup api..

  9. Sejukan..sedia untuk di makan..

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua