Dihantar Oleh Pada 07 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 - 4 orang
Description

Untuk minum petang.

Share:
Bahan-bahan
  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 camca teh ketumbar biji*
  • 1/2 camca teh jintan kasar dan 1/2 camca teh jintan halus*
  • 10 biji lada hitam* (*ditumbuk atau dikisar halus)
  • 1/2 camca teh air kapur
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Kicap Lada:
  • 10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camca besar gula pasir
  • 1/2 cawan kicap masin
  • Jus dari sebiji limau kasturi (jika suka)
Cara-cara
  1. Tempe dipotong nipis secara menyerong dari atas ke bawah. Ketepikan.

    open-uri20151010-29872-b5v422
  2. Satukan tepung beras, bahan-bahan dikisar, air kapur, serbuk kunyit dan garam/gula (sedikit dahulu) dalam satu bekas.

    open-uri20151010-29872-1hhdu76
  3. Tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/4 cawan). Kacau hingga sebati dan tambah air sedikit lagi sambil dikacau hingga adunan tidak terlalu pekat atau cair (seperti tepung untuk menggoreng pisang). Ketepikan sebentar.

    open-uri20151010-29872-1qa2hwv
  4. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Bila minyak panas, celup tempe tadi dalam adunan tepung dan goreng. Jangan bubuh terlalu banyak tempe dalam satu kuali. Goreng pada api sederhana hingga tempe kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidang bersama sambal kicap.

    open-uri20151010-29872-1pftt4c
  5. Lada Kicap:- Masukkan cili padi, bawang putih dan gula dalam lesung batu, tumbuk hingga lumat. Masukkan kicap masin (jika menggunakan kicap manis kurangkan gula atau tak payah bubuh gula) dan gaul rata. Masukkan jus limau kasturi jika suka. Kacau rata.

    open-uri20151010-29872-146bjh2
  6. Tuang dalam bekas dan bolehlah dihidangkan bersama tempe tadi. Lada kicap ini memang pedas (bergantung pada cili padi masing-masing), jadi sesiapa yang tak tahan pedas saya cadangkan kurangkan cili. Selamat mencuba.....

    open-uri20151010-29872-nx7qtt