Resepi Tahu Telur

 Dihantar Oleh Pada 21 May, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org
Description

Simple dan agak mengeyangkan.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 keping Egg Tahu (potong bulat atau dadu, goreng hingga kekuningan dan tos kan minyak), 4 biji Telur, Garam, 2 sudumkn Tepung Jagung (larutkan dgn sedikit air), 1 sudu teh Serbuk Lada Putih, Minyak utk goreng tahu telur cara terendam (deep frying), Acua
  • Bahan² Hiasan :- Timun (dihiris), Lobak Merah (dihiris), Tauge (dicelur dgn air panas sebentar, angkat dan toskan), Kacang Tanah (ditumbuk), Bawang Goreng, Daun Sop
  • Sosnya :- 25-30 btg Lada kering (rendam dan kisar) >> nak pakai cili padi pon boleh, 6 ulas Bawang putih (dikisar), 2 sudumkn Cuka, 3 sudumkn Petis, Secukup Sos tomato (optional), Secukup Gula pasir, Secukup Garam, Secukup Air, Kacang Tanah (yg dah dikisa
Cara-cara
  1. -Blender semua bahan² kecuali kacang tanah. Kemudian masak atas api sederhana sehingga pekat dan mendidih. (Supaya tahan lama). Masukkan kacang tanah dan kacau rata. -Sesuaikan rasanya dgn citarasa memasing.

  2. Directions: 1) Kocok telur, tepung jagung, garam dan lada sulah hingga sebati dan masukkan tahu (yg dah digoreng) gaul rata.

  3. 2) Panaskan minyak di kuali dan taruh acuannya, minyak kena banyak hingga menutupi acuan. Masukkan adunan tahu telur ke dalam acuan 3/4 penuh dan sambil curahkan minyak panas di dalam acuan hingga bahagian tepinya garing. Let loose tahu dari acuan dan tarik acuan keluar (jgn pakai tangan tau, panas!! Seeloknya pakai tong), biarkan tahu yang telah berbentuk acuan di dalam kuali, goreng hingga garing dan angkat, slow fire.

  4. 3) Taruh tahu telur di pinggan, hiaskan dengan timun, carrot, tauge dan tuangkan sosnya di atas dan ditaburi dengan kacang kisar, bawang goreng dan daun sop. Atau, sos nya boleh letak dlm bekas berasingan.

Komen