Resepi Choc Pudding

 Dihantar Oleh Pada 19 April, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 5" x 9" atau bekas berbentuk/bercorak
Description

Satu lagi koleksi dessert ringkas dan sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 cawan air (500 ml)
  • 1 cawan susu segar (250 ml)
  • 3/4 cawan serbuk minuman coklat(less sugar) + sedikit air panas (dibancuh)
  • 3/4 cawan gula pasir (kalau serbuk coklat dah manis, kurangkan sukatan gula)
  • 1 sk esen vanilla @ 1/4 sk serbuk kulit kayu manis (optional)
Cara-cara
  1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula.

  2. Masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat. Didih dgn api kecil. gambar menunjukkan contoh serbuk minuman coklat. Ada satu lg serbuk coklat yg slalu dyg guna utk buat puding ni ialah 'Cocoa Rich 365 days'.

    open-uri20151010-29872-fmhtm9
  3. Masukkan serbuk kulit kayu manis atau esen vanilla. Kacau sebati. Tutup api. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas/loyang yg bersesuaian. Sejukkan seketika sebelum disimpan ke dlm peti sejuk.

  4. untuk topping/ganache jika suka bolehlah cuba resepi ini :40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sehingga pekat.

  5. Keluarkan puding dari peti sejuk. Tuangkan ganache di atasnya. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong. Selamat Mencuba!

    data.jpeg
  6. ***kalau xde serbuk minuman coklat, bolehlah digantikan dgn milo, serbuk coklat biasa, atau koko. Ikutlah ape yg ade dlm stok. Tapi kenalah adjust dgn gula yer supaya tak terlebih pahit, tawar dsb.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua