Resepi Pulut Kuning

 Dihantar Oleh Pada 27 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 orang
Description

Makan dengan rendang... saya biasa panggil nasi kunyit...

Share:
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras pulut
  • 1 tin santan (400ml) - jangan campur air
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning.

  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak.

  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dalam bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata.

  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.