Dihantar Oleh Pada 15 April, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 keping
Description

resepi turun temurun, ayah dah buat jualan sejak thn 83 lagik sampai skarang

Share:
Bahan-bahan
  • 1 1/2 gelas air masak
  • 1 sb garam
  • 1 sb gula
  • 1 sd susu pekat
  • 1 bj telur ayam
  • 1 kilo gandum cap sauh
  • planta
Cara-cara
  1. masukkan air, garam, gula, telur dan susu..kacau sampai sebati

  2. masukkan tepung dan uli dgn tangan dalam 10 mnt..biarkan 5 minit (rehatkan), lepas tu boleh la uli balik sampai nampak tepung licin dan tidak berbintil2 lagi

  3. bila tepung dah nmpak licin, boleh la bulat-bulatkan tepung tersebut sebesar telur itik, anggaran 1 kilo tepung tu boleh dapat dalam 20 biji..

  4. lepas bt sebijik, sapukan terus planta biar melitupi keseluruhan bola gandum tersebut, pastu baru bt sebijik lagi n ulang perkara ni sampai habis doh tersebut.

  5. susun bola2 doh tersebut dalam bekas dan biarkan selama 4 jam..biasanya ayah buat malam kol 10 untuk tebar kol 6 pagi esok

  6. pastu selepas 4 jam..selamat menebar roti canai..hehehhe..slmt mencuba