Dihantar Oleh Pada 26 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 35 biji
Description

Kek yang mudah sangat nak buat dan gerenti sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Untuk aising:
  • 100 g mentega
  • 200 g gula aising
  • 2 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Coklat urai untuk tabur
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.

  3. Masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sebati.

  4. Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh.

    open-uri20151010-29872-ypg7u7
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 C.

  6. Utk aising, pukul mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.

  7. Sapukan aising atas kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan aising. Kemudian boleh tabur manik atau coklat urai.