Resepi Asam Pedas Ikan Siakap

 Dihantar Oleh Pada 24 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Mudah disediakan. Asyik siakap masak masam manis je, sesekali masak asam pedas sedap tau!

Share:
Bahan-bahan
  • Ikan siakap sederhana besar - dipotong 5 bahagian
  • Bahan-bahan untuk dikisar halus: 10 tangkai cili kering, 5 batang cili merah, 1 labu bawang besar, 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih serta 2 inci belacan
  • Bahan untuk dihiris halus: 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air asam jawa dan 4 cawan air (untuk kuah)
  • 2 batang serai diketuk, 3 helai daun limau purut (buang tulang tengahnya)
  • 15 batang bendi saiz kecil @ terung yang dipotong mengikut saiz pilihan anda
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris halus hingga layu serta naik bau.

  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus untuk ditumis bersama bahan hirisan tadi, kacau & masukkan serai. Kacau & biar sehingga terbit minyak/sehingga bahan tumis hampir kering.

  3. Masukkan ikan & air asam jawa & biar mendidih.

  4. Masukkan air, daun limau purut & bendi/terung.

  5. Letak garam dan gula mengikut rasa yang dikehendaki. Kacau perlahan, biar mendidih/masak pada api sederhana, sehingga ikan & bendi/terung masak.

Komen