Resepi Kerepek Bayam Versi Adunan Rempeyek

 Dihantar Oleh Pada 03 April, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Resepi mak - Minta resepi malam tadi sebab teringin nak kunyah2 sambil minum teh tengok cerita KLIWON

Share:
Bahan-bahan
  • Satu ikat daun bayam hijau yang segar - basuh dan toskan.
  • 150gram Tepung beras
  • 150gram Tepung jagung
  • 1/2 paket jintan manis yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
  • 1/2 paket jintan putih yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
  • 1/2 paket ketumbar yg harga 50 sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih- dikisar
  • Segenggam udang kering - dikisar
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 kotak kecil santan segera
  • Air untuk bancuhan adunan
  • Garam dan minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Campur semua bahan (kecuali daun bayam) dan campur air dan kacau sehingga sebati,

  2. Jika adunan terlalu pekat tambah air begitu sebaliknya jika cair tambah sikit tepung.

  3. Celup daun bayam kedalam adunan dan goreng - goreng dgn api yg perlahan.

  4. NOTA- Jika daun habis dan adunan ada lagi boleh laa tambah kacang tanah buat rempeyek.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua