Resepi Sayur Meranti Dengan Ikan Kembong Masak Lemak Cili Api

 Dihantar Oleh Pada 02 April, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Mak mertua punya resepi

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ikat daun meranti - rebus dulu
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 inchi kunyit - tumbuk
  • 1/2 inchi halia - tumbuk
  • 10 biji cili api (ikut suka) - tumbuk
  • 2 ekor ikan kembong saiz besar - belah dua (boleh guna ikan lain juga)
  • Santan pekat - ikut suka
  • Garam dan ajinomoto
Cara-cara
  1. Masukkan bahan yg sudah ditumbuk kedalam periuk bersama ikan. Masak biar air ikan keluar dan nampak macam ikan dah nak masak.

  2. Masukkan santan dan daun meranti, kacau rata. masukkan garam dan ajinomoto. masak jangan sampai pecah minyak. (jika taknak santan pekat sangat tambah air)

  3. Sedia untuk dihidang

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua