Resepi Mushroom Soup

 Dihantar Oleh Pada 24 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 org
Description

Sup cendawan ala Pizza Huts.. boleh buat kat rumah aje.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil)
  • Garam
  • Secubit Ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum
Cara-cara
  1. Potong ayam kecil-kecil. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.

  2. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan cendawan.

  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan Ajinomoto. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan dengan roti.