Resepi Donat Cakcibur

 Dihantar Oleh Pada 12 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 - 30 biji bergantung pada saiz
Description

resepi dari mamafami fotopages. Dah buat byk kali

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji ubi kentang sederhana besar
  • 5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
  • 1/3 cawan @ 73 gm minyak masak
  • 1/3 cawan @ 73 gm air suam
  • 1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 500 gm gandum
Cara-cara
  1. Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.

  2. Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.

  3. Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.

  4. Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe.

  5. Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda

  6. Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

Tags 
  •   roti