Dihantar Oleh Pada 19 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Sekejap rasa macam mkn cheesecake.. sekejap rasa macam makan puding ;-)

Share:
Bahan-bahan
  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-cara
  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)

  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.

  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.

  6. Sejukkan sebelum dihidang.