Dihantar Oleh Pada 16 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 9"
Description

Resepi kek ini saya ambil dari Merpati66.fotopages cuma tambah sedikit F&N Skuas Oren-rasanya masam-masam manis.

Share:
Bahan-bahan
  • 500 gm buah campuran
  • 1 1/2 cawan gula ising (boleh dikurangkan ikut suka kita)
  • 2 cawan air (saya guna air yang telah dimasak)
  • 1 cawan F&N skuas oren
  • 120 gm mentega
  • 4 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sk serbuk rempah campuran (ikut suka nak letak atau tidak)
Cara-cara
  1. Campurkan 1 cawan air, buah campuran dan gula serta F&N skuas oren, dimasak hingga gula larut dengan api yang perlahan.

  2. Masuk mentega, kacau rata dan tambah 1 cawan air lagi. Sejukkan dalam peti ais.

  3. Esoknya, keluarkan dan biarkan sementara campuran buah-buahan tadi sementara itu ayak tepung beserta serbuk rempah campuran sekurang-2nya 3x.

  4. Masuk tepung yang telah diayak kedalam buah campuran dan kacau rata.

  5. Griskan loyang dan bakar sehingga kek masak. Tuan/puan mesti dah otai bila kek masak. SELAMAT MENCUBA DAN TQ kepada tuan punya resepi.

Tags 
  •   kek
  • Komen