Resepi Nasi Goreng Tomyam

 Dihantar Oleh Pada 11 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

mempelbagaikan variasi nasi goreng..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 mangkuk nasi
  • 5-6 ekor udang segar
  • 1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
  • 200g daging ayam - potong kecil2
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 biji bawang putih - ketuk
  • 3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
  • kubis - hiris kecil2
  • carrot - hiris memanjang@dadu
  • tomato - potong dadu
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut - racik2
  • 1 biji telur
  • garam
Cara-cara
  1. Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.

  2. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.

  3. Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.

  4. Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.

  5. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.

  6. Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.

  7. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.

  8. SeLaMaT MenCuBe!