Dihantar Oleh Pada 09 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: seisi keluarga
Description

lisa ni orang melayu. tapi memang suka kari mamak ni. atas budi baik jiran yang berbangsa india muslim, akhirnya tercapai jugak hasrat nak masak sendri kari kapla ikan mamak yang kawww!! Bagi penggemar kari kapla ikan mamak styel jom cuba resepi ni. pasti tak nyesal.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bahagian (1 ekor) kepala ikan. ikut suka la jenis ikan yg anda suka
  • serbuk cili kering jenama baba's - kuantiti ikutlah sesuka anda. kalu suka pedas letaklah lebih serbuk cili ni
  • serbuk kari ikan jenama babas - kuantiti serbuk kari ni, agak2 la bape besar dan banyak mana kuah kari yg nak dimasak. Kalu setakat nak masak utk makan 5 orangnya gulai, dalam 6 sudu cukup la tu.
  • sedikit serbuk kunyit
  • asam jawa - ikut suka nak masam ikut selera anda. tpi kari mamak ni, kena lebihkan masam. baru real.
  • bendi - ikut suka banyak mana nak
  • terung bulat - ikut suka gak nak banyak mana
  • tomato - dalam 2 ke 3 biji
  • daun kari - lagi banyak lagi best
  • bawang besar - dalam 2 biji
  • bawang putih - 5 ulas
  • santan - 3/4 (suku) biji
  • garam secukup rasa
  • secawan air
Cara-cara
  1. hiris bawang putih & bawang besar. Panaskan minyak. Minyak dah panas, tumiskan bawang putih, bawang merah, tomato uang dah dipotong2 dan daun kari. Tumis sampai daun kari tu dah agak garing.

  2. masukkan bendi dan terung bulat. Tutup periuk / kuali dan biarkan sayuran tadi empuk sedikit, then masukkan sedikit air.

  3. bila sayur dah agak empuk, tambah air mengikut banyak mana kuah kari yg anda inginkan. Tutup periuk dan biarkan mendidih.

  4. sementara tunggu kuah mendidih, gaulkan serbuk kari, serbuk cili kering dan serbuk kunyit bersama sedikit air. gaul sebati. bila kuah dah mendidih, masukkan rempah ni. tutup kuali / periuk. dan biarkan sampai kuah dan kari tu masak(sebati). o ye, masukkan juga air asam jawa.

  5. bila nampah kuah kari tu dah elok sebati dan masaknya, masukkan santan dan kepala ikan. then masukkan garam. Kaedah masak kari style ni, garam tak masuk awal2 tapi last2 cam ni. g satu, if tak nak masukkan santan pun takpe. kuah kari ni still pekat. or anda bleh guna gak susu cair nak gantikan santan.

  6. Klik untuk isi cara-cara di sini

Komen