Dihantar Oleh Pada 04 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Masakan kegemaran. Mudah dan sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 300 g udang sederhana (dibersihkan)
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 2-3 sb cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1-2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sdt air asam jawa
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan gula secukupnya - jika perlu
  • minyak utk menggoreng dan menumis
  • sedikit bawang besar dimayang, 1 biji cili merah dihiris dan 1 biji tomato dipotong 4.
Cara-cara
  1. Udang digaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan diperap dlm 10 minit. Sediakan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng udang hingga garing. Angkat dan ketepikan.

  2. Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

  3. Masukkan udang dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, air asam jawa dan tomato. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.

  4. Siap untuk dihidangkan.

Komen