Dihantar Oleh Pada 17 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Resepi bihun yang ringkas.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 bungkus bihun
  • 200gm daging cincang/daging potong kecik-kecik
  • 1-2 biji telur (kalau suka telur letak la banyak)
  • 10 ekor udang basah
  • Segenggam udang kering
  • Sawi, lobak merah (potong kecik) dan taugeh
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk lada sulah / lada hitam yang mana berkenan
  • Segenggam bawang goreng
Cara-cara
  1. Rendam bihun semalam dan toskan.

  2. Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering & serbuk lada sulah (bahan kisar).

  3. Goreng hancur telur dan diketepikan.

  4. Tumiskan bahan kisar sampai garing dan naik bau... masukkan daging dan sedikit air untuk masakkan daging.

  5. Kemudian masukkan lobak & batang sawi.. masukkan udang, garam & bahan perasa (kalau nak sihat tak yah letak).

  6. Masukkan bihun, telur, bawang goreng kemudiannya taugeh dan daun sawi.. masak sampai sebati. Siap untuk dimakan.. Kalau ade cili jeruk boleh makan bersama.

Komen