Resepi Ikan Goreng Berempah

 Dihantar Oleh Pada 01 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi nih banyak menggunakan kunyit hidup dan juga bawang putih! lagik banyak lagi sedap!

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
  • 5cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • sebatang serai - *optional
  • garam
Cara-cara
  1. Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.

  2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.

  3. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.

  4. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.

  5. Sedap makan ngan nasi putih panas.

  6. SeLaMaT MenCubE!

Tags 
  •   ikan