Resepi Jemput-jemput Sayur Inti Ketam

 Dihantar Oleh Pada 22 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

Cara mudah untuk suh anak makan sayur. Senang & sedap.. Anak saya yang tak makan sayur pun boleh kasi licin makan cekodok nih. :D

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan lobak merah - disagat halus
  • 1/2 cawan kobis - racik halus
  • 1 biji telur
  • sedikit air (bancuh agak2 jangan cair sangat)
  • 1/2 sk baking powder (tak buh takpe)
  • 6 btg Crab filamen - potong 3 setiap satu
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali crab filamen. Kacau rata.

  2. Cedok sedikit bancuhan dan bubuh crab filamen diatasnya, kemudian tutup dengan sedikit lagi bancuhan sebelum di goreng dalam minyak panas (pastikan api jangan besar ye)

  3. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Sedap di makan panas-panas dengan sos cili & mayonis. Dalam gambar tu saya tabur dengan fish flakes lagi. meriah!

Komen