Resepi Shepherd’s Pie

 Dihantar Oleh Pada 15 December, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Best!!!. Thanks to kak Siti Mistima kerana sudi kongsi resepi ni.

Share:
Bahan-bahan
  • #Bahan untuk Inti#
  • 250 gram Minced beef
  • 100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok)
  • 1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu)
  • 2 sudu besar Mushroom soup (cream) brand Campbell
  • Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli.
  • #Topping#
  • Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
  • Mozarella Cheese
Cara-cara
  1. Goreng bawang sampai agak layu.

  2. Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.

  3. Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering..

  4. Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.

  5. Masukkan cendawan dan sayuran2an lain.

  6. Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin.

  7. Ketepikan..

  8. Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.

  9. Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese

  10. Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)

  11. Sedap dimakan panas2.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua