Resepi Sosej Roll

 Dihantar Oleh Pada 13 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org
Description

Sarapan pagi tadi...

Share:
Bahan-bahan
  • 12 keping roti - dikukus dan dicanai
  • 1 biji kentang - didadu dan digoreng
  • 3 batang sosej - didadu dan digoreng
  • 1 biji telur - buat macam telur hancur
  • 2 biji telur - untuk celup roti
  • Tepung gandum secukupnya - untuk dijadikan gam ketika menggulung roti
  • Serbuk lada sulah, garam, Ajinomoto - secukup rasa
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang, satukan kentang, sosej dan telur hancur. Masukkan semua serbuk perasa. Kacau rata.

  2. Pukul telur..lepas tu masukkan inti tadi ke dalam roti dan gulung. Gulung roti dengan sedikit adunan tepung untuk dijadikan gam.

  3. Celup roti dengan telur dan goreng hingga kekuningan.

  4. Sedia untuk dimakan bersama sos cili Thai atau mayo..

Komen