Resepi Tangkup Kaya

 Dihantar Oleh Pada 27 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang 20 biji
Description

Mereka-reka sendiri tapi ok le..

Share:
Bahan-bahan
  • KAYA
  • 2 biji telur
  • 2 Cawan santan
  • 3/4 cawan gula pasir + 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • 2 camca makan tepung kastad
  • Pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan(disimpul)
  • KULITNYA
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning
  • Sedikit minyak
  • Acuan karipap
Cara-cara
  1. Buat kaya dulu. Masak gula dgn 1 cawan air hingga larut.

  2. Masukkan telur,tepung kastad,garam dan santan dalam blender.Blend supaya sebati.

  3. Tuang bahan yang diblen dalam air gula.Kacau.

  4. Masukkan daun pandan.Kacau sampai pekat.

  5. Angkat dan ke tepikan

  6. Buat kulitnya pulak. Masukkan tepung gandum,air dan garam dalam blender dan blend.Tapis.

  7. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak

  8. Ceduk sesenduk kecil tepung yang ditapis tadi dan buat dadar atas kuali. Guna api sederhana.

    data.jpeg
  9. Apabila dah kering bahagian atasnya,tak perlu dialih terus angkat.

  10. Letakkan atas acuan karipap dan letakkan sesudu kaya ditengah-tengahnya. Tutup acuan dan buang rejanya.

    data.jpeg
  11. Keluarkan dari acuan .Letak atas pinggan.

    open-uri20151010-29872-7iueh3
  12. Siap untuk dimakan. Rejanya boleh cicah dengan kaya. Ataupun jika tak mahu ada reja, buat dadar besar sikit dan gulung macam ketayap je...satu kelainan.Selamat mencuba.

    open-uri20151010-29872-c6vq5h