Dihantar Oleh Pada 24 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Resepi sendiri. Cara menyediakannya pun mudah dan rasanya sungguh sedap. Hidangan BBQ ini sentiasa menjadi keutamaan kpd tetamu terutamanya ketika majlis harijadi, annual dinner, pot luck dsb..selamat mencuba!

Share:
Bahan-bahan
  • 10 ketul kepak ayam
  • 3 sudu besar sos barbeku (cap Life @ mana2 brand pun boleh)
  • 1 sudu besar sos masam manis @ sos plum (madu di dlm sos ini akan memberikan kilatan pd ayam setelah dimasak)
  • ½ biji lemon (ambil jusnya)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sdt garam & gula
  • 1 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak
Cara-cara
  1. Ayam dicuci dan dilap bersih dengan tisu kertas. Kelarkan sedikit kepak ayam dengan pisau (supaya cepat masak di bahagian isi dalamnya apabila dibakar).

  2. Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas di dalam satu bekas dan tutup kemas dengan kertas foil. Perap selama 2 jam atau semalaman.

  3. Panaskan oven dgn suhu 200°C. Sediakan dulang utk membakar ayam. Lapikkan dulang tersebut dengan kertas foil dan dilengser sedikit minyak. Susun kepak ayam di dalamnya. Bakar selama 20 minit.

  4. Kemudian keluarkan dulang dr oven lalu dikaupbalikkan ayam tersebut. Renjis2kan sedikit dgn baki bahan perap td. Bakar lagi selama 20-30 minit atau tunggu sehingga masak(bergantung pd jenis oven)

  5. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama sos cili/mayonis/dressing salad.

  6. ***kepak ayam ini boleh dimasak cara bakar, gril dan goreng (cara perapan tetap sama)

Tags 
  •   ayam
  • Komen