Resepi Kek Gula Hangus

 Dihantar Oleh Pada 11 December, 2006
Kategori:  Kek
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Sumber resepi dari chetam.. sekali buat.. alhamdulillah menjadi jugak... Katanya adunan kek gula hangus tu kena perap dulu selama 3-4 jam sebelum bakar untuk mewujudkan sarang pada kek tu nanti. Cuma kek yang saya buat ni.. tak sempat nak perap.. hehe.. :D

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega
Cara-cara
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.

  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.

  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.

  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.

  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.

  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.

  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.

  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.

  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"