Resepi Kek Lobak Merah

 Dihantar Oleh Pada 10 December, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 4 segi-6"
Description

Resepi Majalah Sajian Citra-Koleksi Nona

Share:
Bahan-bahan
  • 125 gm mentega
  • 120 gm gula kastor
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm lobak (diparut)
  • 50 gm kacang walnut (tumbuk jangan halus sangat)
  • 175 gm tepung naik sendiri
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang

  2. Telur dipukul berasingan dalam mangkuk lain hingga kembang

  3. Masuk telur sedikit dalam adunan mentega. Pukul rata.

  4. Masukkan tepung, lobak merah dan kacang walnut, gaul rata.

  5. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 minit dalam suhu 180 C.

  6. Tunggu sejuk, potong, bagi suami dan anak-anak makan. Panas pun SODAPPP..Kalau ada baki jangan lupa bawa ofis. Seronok tengok member makan. Kembang hati. Cuba jangan tak cuba kek lobak yang simple ini.

Tags 
  •   kek