Resepi Cheese Brownies

 Dihantar Oleh Pada 24 November, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Dapat seloyang
Description

Ambil resepi dari Fotopages Maklang Azie (ulampegaga.fotopages.com) ttp telah diubahsuai sedikit, sumber asal dari aunty Yochana...

Share:
Bahan-bahan
  • 180gm mentega (dicairkan), 275gm gula perang (saya kurangkan sedikit menjadi 250gm), 3 biji telur, 1 sudu kecil esen vanila, 120gm tepung naik sendiri, 70gm serbuk koko, sedikit kacang almond yg telah dikisar kasar & dipanggang (tiada dlm resepi asal)
  • Untuk cheese filling: 250gm cream cheese, 45gm mentega (saya tak letak), 80gm icing sugar, 1 biji telur, sedikit choc chip utk hiasan * maklang letak sedikit jus lemon, saya ganti jus lemon & mentega kpd sour cream 250ml)
Cara-cara
  1. Putar mentega & gula perang sehingga sebati

  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis, gaul hingga sebati. Masukkan esen vanila.

  3. Tepung naik sendiri & serbuk koko diayak bersama. Masukkan campuran tepung & serbuk koko ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit...gaul rata. Masukkan kacang almond yg telah dipanggang terlebih dahulu.

  4. Bakar adunan kek dalam oven - 180dc (panaskan oven terlebih dahulu). Bakar selama 15minit. (Noted - resepi asal tak bakar kek dulu)

  5. Untuk cheese filling: Putar cream cheese, gula aising & sour cream sehingga sebati. Kemudian masukkan telur.

  6. Keluarkan kek dari oven setelah 15minit, curahkan cheese filling ke atas kek & taburkan choc chips untuk hiasan.

  7. Bakar semula dalam oven - 25-30minit.

  8. Sejukkan sebelum dipotong & dihidang

  9. * Potong kek menggunakan pisau yg telah dipanaskan supaya kek rata bila dipotong. (saya tiada brownies cutter)

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua