Dihantar Oleh Pada 13 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Sedap makan waktu kurang sihat
Description

Sesuai untuk makanan diet dan makanan untuk anak-anak

Share:
Bahan-bahan
  • 3 kelar ikan merah
  • 4 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • Setengah peket rempah sup serbuk (adabi)
  • rempah tumis (yang ada bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga)
  • lobak merah dan daun sup.
  • 2 mangkuk air
Cara-cara
  1. Cuci bersih ikan dengan air asam.

  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis tadi.

  3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang tadi hingga wangi dan layu.

  4. Masukkan halia yang dimayang

  5. Masukkan rempah sup, biar sebentar dan masukkan air

  6. Apabila sup telah mendidih, masukkan ikan, dan garam serta lobak merah. Jangan masak ikan terlalu lama.