Dihantar Oleh Pada 01 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 orang
Description

Dulu biasa makan kat Bangi. Tapi gambar tu tak menjadi sangat. Tersilap bajet.

Share:
Bahan-bahan
  • Kuey teow
  • 2 biji telur
  • Lada hitam / lada putih
  • Campuran makanan laut / 'mix seafood'
  • Lobak merah
  • 1~1 setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Sayur-sayur lain (jika nak tambah) (sayur kat rumah dah abis la pulak)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • Sos tiram
Cara-cara
  1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam / putih di dalam gelas.

    open-uri20151010-29872-14g2o0n
  2. Masukkan kuey teow hingga 3/4 gelas (dah terlebih masuk kueh teow).

    open-uri20151010-29872-1p7hh7s
  3. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kuey teow supaya menjadi sedikit nipis.

    open-uri20151010-29872-1nltj6c
  4. Balikkan supaya kedua-dua belah masak.

    open-uri20151010-29872-18rzklx
  5. Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.

    open-uri20151010-29872-1e8rqms
  6. Kuah: Tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan makanan laut.

  7. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.

  8. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.

  9. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kuey teow tadi. Kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air.

    open-uri20151010-29872-1leemh2