Resepi Takoyaki

 Dihantar Oleh Pada 09 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan
Description

Masakan orang jepun,tapi menjadi kegemaran orang-orang malaysia

Share:
Bahan-bahan
  • 250g tepung takoyaki
  • 1 biji telur
  • 750ml air
  • filet ketam dihiris nipis (atau apa saja mengikut selera)
  • kobis (dicincang halus)
  • secubit garam
  • kicap unagi @ kicap sushi
Cara-cara
  1. bancuh tepung dengan air (dalam gambar dibawah ialah tepung takoyaki yang boleh dibeli di pasaraya JUSCO)

    open-uri20151010-29872-oux0c6
  2. pukul telur dan masukkan kedalam bancuhan tepung tadi,dan kacau lagi sehingga rata dan diletakkan secubit garam

    open-uri20151010-29872-13zy9sj
  3. tapis bancuhan tepung diatas supaya bacuhan tidak berketul-ketul.

  4. panaskan acuan kuih cara dengan api yang perlahan,letak sedikit minyak didalam acuan supaya nanti kuih tidak melekat.

  5. tuang tepung tadi kedalam acuan sehingga penuh.dengan cepat,masukkan filet ketam dan kobis.

  6. selepas itu,tuangkan sedikit lagi bancuhan tepung tadi keatas acuan tadi,bila bancuhan hampir masak sedikit,pusing2kan takoyaki perlahan-lahan untuk mendapatkan bentuk yang bulat (guna sudu kecil)

    open-uri20151010-29872-1f88fto
  7. letakkan sedikit minyak ditepi-tepi lubang acuan supaya takoyaki masak dengan cantik

  8. setelah masak,angkat dan sapukan dengan kicap unagi dan mayonis...Siap!