Dihantar Oleh Pada 29 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: i bungkus mee kuning -4 org makan
Description

Cara ni yang selalu saya guna.

Share:
Bahan-bahan
  • Mee kuning satu bungkus
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Cili boh @ cili mesin sendiri
  • Garam tak payah bubuh sebab kadang-kadang mee ni dah masin
  • Gula dan kicap hitam
  • Tauge - untuk satu bungkus mee saya biasa gunakan 50 sen tauge
  • Bebola ikan, udang dan daging yang sudah siap direbus sampai empuk dan diambil airnya
  • Sedikit cili sos
Cara-cara
  1. Seperti biasa ..panaskan minyak dan tumiskan bahannya..

  2. Tumis bawang putih dan bawang merah, sehingga nampak agak garing.

  3. Masukkan daging, bebola, udang, cili sos dan cili boh..boleh ditambahkan dengan air daging tadi.

  4. Tambahkan gula dan perasa..kalau rasa nak masin boleh bubuh kicap cair ..sedikit saja, sebab mee sememangnya sudah masin.

  5. Akhir sekali..masukkan tauge..kacau kacau dan balik balikkan mee..

  6. Ok...dah sedia untuk dimakan..