Dihantar Oleh Pada 27 November, 2006
Description

Kek yang murah dan mudah untuk dibuat. Gambar di atas adalah kek pisang yang telah siap dimasak. Gambar di bawah adalah kek yg telah siap dihias.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

    open-uri20151010-29872-h4rjxu
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul.

    open-uri20151010-29872-1rij396
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi.

    open-uri20151010-29872-16jg4sw
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati.

  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit marjerin dan dialas dengan kertas minyak.

    open-uri20151010-29872-cy4z5h
  6. Bakar hingga masak selama 45minit dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi. Jika lidi bersih bermakna kek telah masak.

    open-uri20151010-29872-13hi575